Pages

Monday, November 24, 2008

TERJUN!

Ketua kelas- Bangun!!!!... Assalamualaikum cikgu!!! Nape cikgu lambat masuk hari ni cikgu?
Cikgu- Erm… takde pape, awak nak tau satu cerita tak? Cerita sensasi hari ni…
Ketua kelas- Cerita apa cikgu?
Cikgu- Tadi… mase waktu rehat dah habis, ada drama kat blok g tau, cerita boipren gepren begadoh…
Yang boipren nie ade la wat silap kat makwe die… tapi makwe die xnk maafkan die…
Penat btol pakwe die pujuk, siap rayu-rayu kat kaki lima tu… ramai gak la yang tengok
Ketua kelas- Pastu cikgu?
Cikgu- Haaa… dah makwe die jual mahal sangat kot, tetibe si pakwe ni ugut nak terjun bangunan…
Ketua kelas- haaaahhhH!!!! Abis? Die terjun tak cikgu?
Cikgu- Dah nak terjun la, tapi dengar citer budak2 lain dapat tangkap die.... So, takde la hantu baru dalam skola nie….
Ketua kelas- Yeke? Tingkat bape cikgu?
Cikgu- Ni yang nak citer nie, ade ke patut tgkat dua die nak terjun? Lawak betol!
Kelas- Kah…kahhh.kahhhhh
Ketua kelas- Tgkat dua? Jatuh wat sakit pinggang je!!! Menyusahkan orang betol!!! Kui2
Igt cite industan ke?

Komen:
aku saje nak postkan citer ni, citer ni mmg adaptasi dari citer sebenar, sape yang tau, diam2 je la… ape yg patut kiter amik iktibar, kes2 camni sume kite kne fikir pnyelesaian die elok2, bukan ikut perasaan nak terjun suka2 ati, melainkan korang igt korang tu kucing Sabrina the teenage witch yang ade 9 nyawe tu. Buat remaja2, fikir la elok2 pe yang korang wat rini akan jadi satu masalah wat mase esk. Sebab “today’s problem caused by yesterday solution” .sebagai contoh, tak ke malu kalau pakwe dan makwe tu tau aku post citer diorang dalam blog? Seb baik aku baik tak boh name dieorang sekali… hehehehe…. Thanks for my cousin, for this story…

Sisipan;
KUALA TERENGGANU 22 NOV (KOSMO). - "Saya tak nak turun, saya tak nak makan... saya nak B
Itulah jeritan S gadis berusia 18 tahun yang cuba terjun dari atas bumbung hotel 10 tingkat di Jalan Tok Lam di sini petang semalam.
S yang bekerja di sebuah salon rambut di sini, dikatakan bertindak demikian selepas teman lelaki yang dikenali sebagai B ingin berpisah dan tidak lagi memberi perhatian kepadanya.
Sepanjang usaha memujuk itu, S menjerit-jerit ke arah anggota penyelamat, manakala beberapa kakitangan hotel menyusun puluhan tilam sebagai langkah keselamatan jika dia bertindak terjun.
Malah orang ramai yang memenuhi kawasan hotel turut bersuara memujuk gadis berkenaan supaya melupakan hajat untuk terjun.
Selepas sejam usaha dijalankan, B gagal mententeramkan S walaupun berjaya mendekati kekasihnya itu sebelum dia akhirnya mengundurkan diri pukul 3.11 petang.
Polis pula mengarahkan orang ramai bersurai pukul 3.17 selepas keadaan bertambah buruk kerana ada antara mereka mula bersorak.
Suasana cemas berakhir pukul 3.25 petang apabila S yang kepenatan, rebah lantas diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang berada di atas bumbung.

HULU TERENGGANU 23 Nov.(UTUSAN) - Baru dua hari seorang gadis mengancam untuk terjun bangunan kerana ditinggalkan kekasih, seorang suri rumah berusia 38 tahun pula cuba mengambil tindakan yang sama kerana menyangka suaminya berkahwin lain.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Deputi Supritendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah mengakui wanita itu mungkin meniru aksi remaja perempuan di Kuala Terengganu tiga hari lalu.

p/s: kan dah jdi idola orang lain pulak….. wat susah bomba,polis,orang ramai,tokey hotel,mak bapak je…

2 comments:

Lily said...

ntah ape2 la dorg ni,
x syg nyawe btl,
klau org da x cinta tu,
terjun bangunan pn x gne gak...haiz~

dancing queen♥ said...

kih kih kih