Pages

Friday, November 14, 2008

Tips untuk menceriakan diri anda!!! (bukan iklan nescafe)

1. Berubahlah cara anda melihat sesuatu. Fikirkanlah yang anda seorang yang positif.Secara lumrahnya, fikiran manusia akan sentiasa memikirkan perkara yang negatif, jangan biarkannya. Berusahalah pada setiap ketika.

2. Fikirkan penyelesaian, bukan masalah.

3. Mendengar muzik adalah satu perkara yang baik. Tukar selera anda dengan lagu2 yang mampu memberikan anda ketenangan. Sekali-sekala manjakan diri anda.

4. Tontonlah filem2, atau klip video
komedi. Jika tiada, youtube dan komik dik cerdas pasti tidak akan menghampakan anda.

5. Setiap hari, luangkan masa anda untuk
membaca sepotong ayat yang mampu memberikan inspirasi.

6. Manusia sentiasa memutuskan sesuatu pendirian sebelum bertindak
. Pastikan pendirian anda betul sebelum anda mendirikannya.

7. Sentiasa
menilai diri dari apa yang telah anda lakukan. Bukan apa yang anda belum lakukan.

8. Memang bagus jika anda mempunyai “to do”
list , pastikan anda tidak senaraikanya lebih dari 3 perkara untuk hari anda. Anda pasti kecewa sekiranya gagal menyelesaikannya pada hari itu.

9.
Jangan senaraikan perkara yang mustahil atau anda tidak pasti dalam senarai anda.
Ingatlah, Today’s problem is caused by yesterday’s solution. Jadi, pilihlah satu penyelesaian yang boleh memudahkan anda pada esok hari. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli barang, senaraikan barang yang perlu anda beli, susun senarai anda mengikut susunan kedai. Dahulukan kedai yang jauh supaya anda tidak mensia2kan tenaga anda.

10. Jangan sekali-kali anda membandingkan diri anda dengan orang lain
. Setiap orang mempunyai peluang dan takdir berlainan. Anda perlu menghargai takdir yang ditentukan.

11.
Berikan diri anda hadiah dengan menonton wayang, membeli buku, atau menikmati hidangan yang lazat di restoran makanan ringan. Jika anda tidak berkesempatan, usaplah bahu anda dan katakan syabas pada diri bagi setiap kerja yang anda telah lakukan.

12.
Pilih salah seorang di sekeliling anda, buatkan dia berasa gembira. Anda boleh membantu rakan anda, membantu orang tua melintas jalan, memberikan tempat duduk anda di dalam bas kepada yang memerlukannya. Mungkin anda boleh membelikan hadiah untuk seseorang atau membelanja rakan-rakan anda makan.

13. Anda harus
selalu mengharapkan kegembiraan.

14. Jika anda melihat rakan anda gembira, anda
boleh tumpang gembira dengan berkongsi kisahnya.

15.
Senyumlah, Senyum tanda gembira tau!

4 comments:

nadim89 said...

rajinnya dia tulis panjang2...huhuhu

Anonymous said...

ATOI!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

bestnye blog ni..yahuuu....

Lily said...

ko xde chance nk ceria2 time suksis nti,
tgk la nti cmne kte ragging ko,,hahaha!!!