Pages

Tuesday, April 24, 2012

Fakta Ketuhar Mikro?

Soalan: Bahaya ke microwave?
Jawapan: Hanya bahaya bila oven sedang beroperasi, ruang berbahaya hanya didalam cooking chamber sahaja. Tetapi, ada kemungkinan leakage radiation. tp sgt jarang berlaku. kecuali oven ada keretakan di pintu atau mana-mana bahagian.  

Soalan: makanan yang dimasak dalam microwave boleh dimakan tak?
Jawapan: Boleh dan sangat selamat, kerana microwave tidak akan tertinggal didalam makanan apabila oven dimatikan. microwave juga tidak akan mengubah struktur asal makanan atau membuatkan makanan mutasi/radioaktif.  

Soalan: apa yang boleh menyebabkan makanan yang dimasak dari microwave bahaya?
 Jawapan: Bahan-bahan asing yang mungkin hadir ketika memasak. seperti plastik dan pembungkus makanan. plastik selalunya mngandungi Dioxin (Dai-oksin). Bahan ini wujud apabila plastik terlalu panas atau terlalu sejuk. bahan ini menyebabkan pencetus kanser dalam tubuh manusia Menyejukkan botol plastik di dalam freezer juga boleh myebabkan dioxin bercampur didalam minuman. oleh itu, sentiasa memastikan makanan yang hendak dimasak telah dibersihkan dengan betul atau gunakan bekas yang sesuai. pastikan jugak tiada peralatan berunsur logam dimasukkan bersama makanan. ini boleh mengakibatkan letupan.  

Soalan: bagaimana makanan dalam microwave dimasak?
Jawapan: Microwave adalah sinaran electron yang bergetar pantas (~2-2.5 GHz). getaran pantas ini memaksa molekul air dalam makanan semakin panas seterusnya memasak makanan. getaran ini terlalu laju sehingga menyebabkan molekul air dipanaskan sehingga 200 darjah celcius.

Tuesday, April 17, 2012

Weirdest Questions?

There is a time i wondering what is the most weirdest question that i may think of?

Then it popped up slowly... it is either i am not so fast in thinking weirdly things, or i cant wait patiently...

5. How an egg grows in hen belly?
4. Where is the maggots come from? Does they really climb up my apartment just for my rubbish bin?
3. Why should i think this post?
2. and why you really want to know my weirdest question?
1. i believe now you are thinking what is yours. Am i right?

WEIRD!

Saturday, April 14, 2012

Kematangan? (cerita aku matang!)

Semalam hangout bersama teman2 universiti. Alhamdulillah sumenye da ade keje.
ada yg nak kawen pun ade dah... terasa sgt dewasa apabila bicara tentang wang, kahwin,
percutian, kad kredit dan sebagainya...

Sedang dok syok2 berkarok, terpandang wajah sorang2... terasa berjayanya mereka, tamat universiti, ada ijazah dan bekerja... oh! rupanya aku juga dikalangan mereka,
aku pernah bersama-sama mereka, study bersama, jawab exam sama, konvo juga bersama.

Namun, terdetik di hati sambil mengimbau kenangan silam. Tak mungkin aku berada bersama mereka hari ini kalau aku memandang enteng peristiwa bersejarah ini. Aku terfikir, bila kali pertama aku sedar aku dah matang?

Di bangku sekolah dahulu, aku mmg sngat nakal.Ponteng, menyakat sumenye ada...(tak mahu citer disini, rahsia sulit...hehehe) aku mmg seorang budak nakal dahulu... marah dan kene bantai memang da biasa. aku mmg biadap dahulu.

Suatu hari, mak menitik air mata setelah tau aku ponteng... mase tu mak tak cakap apa2... di hati ini, mula rasa gelisah... riak mukanya jelas tanda kecewa.. malah, entah dari mana, aku meneka mesej yang ingin disampaikan.
"Azhar ni, belajar tak pandai, buat perangai plak tu, apa la masa depan dia"

Mungkin petunjuk dari Allah SWT, aku termenung... terbuka pintu hati untuk berfikir untuk diri sendiri... banyak persoalan timbul. Mulanya mmg agak pentingkan diri...

"Betul ke hanya belajar rajin2 dapat menjamin masa depan?, aku dah tau kira, tulis, baca, takkan tak boleh hidup? Sains la, sejarah la, ni sume ni nak buat apa? ada je orang tak abis sekolah boleh jadi kaya"

kaya... kaya... kaya... mewah... mewah... mewah... hanya itu yg aku fikir.

tapi...
orang yang berjaya tu genius, peluang yang datang tu diorang pandai pakai..
aku? aku ada peluang? aku pandai ke pakai peluang?

Family aku takde la mewah, adik beradik pulak ramai, suatu hari nt apa yang dapat pada aku? Kalau aku dewasa esok, apa aku nak buat? aku bukan ada minat apa, tau main je

"APA AKAN JADI, KALAU MAGIC "Tak sekolah" TU TAKKAN JADI KAT AKU? AKU NAK BUAT APA NANTI?"

ish, tak boleh ni... aku kene jgak start belajar... aku kene ada tempat aku sndiri satu hari nanti.. takpe, biar lah susah susah sikit belajar... (aku mula capai buku)

Hari demi hari, aku mula sedar, buku juga ada perasaan...(mungkin bunyik macam gila) Cubalah kita baca satu buku dengan rasa marah, tak puas hati, membangkang, meragui... nanti satu apa pun kita tak dapat dari buku tu.

Tapi kalau kita duduk dngan tenang, selak baik2, belai dngan jari kita, tunjuk kat mana kita baca, Insya Allah, ilmu tu masuk dengan mudah...

Dah tu? boleh ke baca Al-Quran dalam marah2?.. Why don't I try?
rupanya, tu beza ayat2 suci Al-Quran, Marah macam mana, sakit hati macam mana pun, hati kita akan tunduk, bergetar, sebak bila baca maknanya (of course lah baca terjemahan, baca arab macam la paham).. dan atas sebab-sebab keajaiban ini lah ada pengamal2 agama yang sanggup tukar agama.

Itupun aku dengar masa ceramah Maulud Nabi, kat sekolah, ustaz tu bukak cerita bagaimana Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul. Bagaimana seorang yang buta huruf boleh menjadi bijak.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" (surah Al-Alaq, 1-5)

Dari situlah aku sedar,aku perlu belajar. aku perlu pakai pen dan menulis untuk belajar, dan mula matang berfikir...
Tak sangka, begini cerita aku, terbukanya kematangan aku kerana air mata ibu, perasaan takut, perasaan tamakkan kemewahan.


Sisipan: Symptom anda matang

1. Anda mula bertimbang rasa dan bertolak ansur.
2. Anda mula berusaha untuk apa yang anda mahu.
3. Anda mula menerima diri anda seadanya.
4. Anda sedar orang lain mempunyai latar belakang yg berlainan, pendidikan berlainan.
5. Anda sedar mood orang sentiasa berubah, anda perlu bijak menghormati orang.

p/s: Baligh dan kematangan yang diceritakan ini adalah perkara berbeza. sekian terima kasih!

Friday, April 13, 2012

Puisi Hentam Kromo...

Pentingkan diri,
Semua bersikap ini, tapi tak pernah akui,
kian hari kian tebal,

Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin,
Bukan hak makin dituntut, tanggungjawab dilurut,
Usaha sesudu, ganjaran mahu selautan,
Yang berusaha dijatuhkan, yang berjaya dipertikaikan,
Amanah digelapkan, aib orang disuluhkan.
Yang berjaya.... megah tanpa menoleh kebelakang...

Berpalinglah melihat diri lalu, siapakah diri ini,
Sejauh mana bakti?
Sejauh mana bererti diri ini...

Warkah Khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat hari ini bercerita pasal Kepimpinan,

Pemimpin akan disoal atas kepimpinannya, maka wajar bagi beliau menjaga tanggungjawab tersebut. Bahkan, Khatib ada bagi satu contoh, Sultan Selangor pernah menulis kitab agama. kitab2 tersebut telah digunapakai oleh sekolah2.... (Terasa sangat bangga bila raja turun berkhidmat dengan rakyat)

Apa yang perlu ada pasal pemimpin? kenapa kita perlu taat pada pemimpin?
jawapan aku cukup senang, kalau kita rasa kita terer, knapa tak kita je jadi pemimpin?

Menjadi seorang pemimpin memang cukup sukar, itu sangat aku akui.
Mungkin kita selalu tgk boss/leader kita hanya tahu mengarah, so kita terus ckap boss kita bukan buat kerja pun. hanya duduk dalam opis mewah, dan berkomplot jahat dengan rakan sekerja seperti drama2 melayu... (yess, asal aku tgk drama, tak penah aku tgk boss die sign2 kertas ke hape ke, tau komplot je!)

Kerja seorang boss takda had masa, bila-bila masa sahaja idea datang, maka dia pun catat la kat mana2, ipad ke, kertas tisu kedai nasi kandar ke, supaya dia tak lupa. bila balik opis baru la die panggil korang suruh tambah kerja lagi. (bertambah marah la korang)

tp tu mmg kerja dia, tanpa dia, kita pun takda kerja. company boleh lingkup, gaji kita pun tak berbayar.. oleh itu, telan je lah bulat2 apa kata bos. hohoho...

p/s: Apsal aku backing boss plak ni? mau kipas lebih ke? ahahaha.. lantak lah!

Thursday, April 12, 2012

Isu artis komen artis?

hahaha.. mule-mule mmg aku tak amik port, tapi sebab dah byk sangat terbaca pasal dorang. maka aku pon ade la pandangan aku sendiri... maka pandangan aku!

Invader!:
- Artis2 tempatan perlu berusaha untuk jaga local market, kalau tak nanti susah makan.
- Sorry to say, tp mmg aku ada rasa kau jeles!
- Point kau agak bagus, Malaysia perlu ada identiti hiburan kita sendiri, tapi aku tgk dia takde la beza sangat identiti kita, takda pulak die pakai bahasa selain, dan dia sangat diterima dikalangan kita.. maka sekiranya dia bukan serumpun dengan kita, point ini diterima.
- ada gak aku baca2 orang komen pasal kau, most of them dislike. so, if you feels uncomfortable, dats mean you were doing wrong.


Invaded:
- agak bagus la respon kau bila kene invade.
- aku ada rasa kes ni sama macam kes taylor swift, cume die reacts lagi better.
- kenapa? sebab die tak menyelar invader die, maka perkara itu tidak berpanjangan.


Konklusinya?

1. Aku tak rasa bende ini penting untuk disimpulkan, tapi perlu ada penambahan disini.

2. Aku mmg agak rasa bosan terlalu banyak sinetron bahasa asing dalam rancangan televisyen malaysia, itu lebih patut dibendung. Sebab budaya dan amalan mereka sgt berbeza. lagi-lagi ditayangkan ketika waktu ibubapa tidak berada dirumah (chance baik bagi bibik bersenang lenang di rumah mewah anda).

3. Tapi alih bahasa kartun2 asing ke dalam bahasa Malaysia membuatkan aku lagi rasa pelik dan kurang senang. Sebab kanak-kanak lebih senang mendekati kartun2 asing dari keluaran tempatan seperti Upin-ipin, Boboiboy.

4. Mungkin juga perlu ada spesifikasi khas mengenai kualiti kartun, bukan sekadar tapisan.

5. kualiti yang aku maksudkan, suara2 kartun perlu lebih memberi ketenangan (sila lihat hagemaru, untuk rasa sakit telinga, maaflah sapa yang menyumbangkan suara tu).

6. Boboiboy perlu kurangkan over-action. karakter terlalu banyak bergerak ketika bercakap, buat aku rasa rimas...

7. Upin ipin dan Lat Kampung Boy adalah siri animasi yang berkualiti. teringat plak Usop Santorian, Keluang Man dan Cerita Sang Kancil dan Buaya, walaupun low spect, tapi content sgt bagus. Takpe, sbab kartun2 ini pelopor animasi tempatan!
Tahniah Malaysia!