Pages

Friday, April 13, 2012

Puisi Hentam Kromo...

Pentingkan diri,
Semua bersikap ini, tapi tak pernah akui,
kian hari kian tebal,

Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin,
Bukan hak makin dituntut, tanggungjawab dilurut,
Usaha sesudu, ganjaran mahu selautan,
Yang berusaha dijatuhkan, yang berjaya dipertikaikan,
Amanah digelapkan, aib orang disuluhkan.
Yang berjaya.... megah tanpa menoleh kebelakang...

Berpalinglah melihat diri lalu, siapakah diri ini,
Sejauh mana bakti?
Sejauh mana bererti diri ini...

No comments: