Pages

Saturday, April 14, 2012

Kematangan? (cerita aku matang!)

Semalam hangout bersama teman2 universiti. Alhamdulillah sumenye da ade keje.
ada yg nak kawen pun ade dah... terasa sgt dewasa apabila bicara tentang wang, kahwin,
percutian, kad kredit dan sebagainya...

Sedang dok syok2 berkarok, terpandang wajah sorang2... terasa berjayanya mereka, tamat universiti, ada ijazah dan bekerja... oh! rupanya aku juga dikalangan mereka,
aku pernah bersama-sama mereka, study bersama, jawab exam sama, konvo juga bersama.

Namun, terdetik di hati sambil mengimbau kenangan silam. Tak mungkin aku berada bersama mereka hari ini kalau aku memandang enteng peristiwa bersejarah ini. Aku terfikir, bila kali pertama aku sedar aku dah matang?

Di bangku sekolah dahulu, aku mmg sngat nakal.Ponteng, menyakat sumenye ada...(tak mahu citer disini, rahsia sulit...hehehe) aku mmg seorang budak nakal dahulu... marah dan kene bantai memang da biasa. aku mmg biadap dahulu.

Suatu hari, mak menitik air mata setelah tau aku ponteng... mase tu mak tak cakap apa2... di hati ini, mula rasa gelisah... riak mukanya jelas tanda kecewa.. malah, entah dari mana, aku meneka mesej yang ingin disampaikan.
"Azhar ni, belajar tak pandai, buat perangai plak tu, apa la masa depan dia"

Mungkin petunjuk dari Allah SWT, aku termenung... terbuka pintu hati untuk berfikir untuk diri sendiri... banyak persoalan timbul. Mulanya mmg agak pentingkan diri...

"Betul ke hanya belajar rajin2 dapat menjamin masa depan?, aku dah tau kira, tulis, baca, takkan tak boleh hidup? Sains la, sejarah la, ni sume ni nak buat apa? ada je orang tak abis sekolah boleh jadi kaya"

kaya... kaya... kaya... mewah... mewah... mewah... hanya itu yg aku fikir.

tapi...
orang yang berjaya tu genius, peluang yang datang tu diorang pandai pakai..
aku? aku ada peluang? aku pandai ke pakai peluang?

Family aku takde la mewah, adik beradik pulak ramai, suatu hari nt apa yang dapat pada aku? Kalau aku dewasa esok, apa aku nak buat? aku bukan ada minat apa, tau main je

"APA AKAN JADI, KALAU MAGIC "Tak sekolah" TU TAKKAN JADI KAT AKU? AKU NAK BUAT APA NANTI?"

ish, tak boleh ni... aku kene jgak start belajar... aku kene ada tempat aku sndiri satu hari nanti.. takpe, biar lah susah susah sikit belajar... (aku mula capai buku)

Hari demi hari, aku mula sedar, buku juga ada perasaan...(mungkin bunyik macam gila) Cubalah kita baca satu buku dengan rasa marah, tak puas hati, membangkang, meragui... nanti satu apa pun kita tak dapat dari buku tu.

Tapi kalau kita duduk dngan tenang, selak baik2, belai dngan jari kita, tunjuk kat mana kita baca, Insya Allah, ilmu tu masuk dengan mudah...

Dah tu? boleh ke baca Al-Quran dalam marah2?.. Why don't I try?
rupanya, tu beza ayat2 suci Al-Quran, Marah macam mana, sakit hati macam mana pun, hati kita akan tunduk, bergetar, sebak bila baca maknanya (of course lah baca terjemahan, baca arab macam la paham).. dan atas sebab-sebab keajaiban ini lah ada pengamal2 agama yang sanggup tukar agama.

Itupun aku dengar masa ceramah Maulud Nabi, kat sekolah, ustaz tu bukak cerita bagaimana Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul. Bagaimana seorang yang buta huruf boleh menjadi bijak.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" (surah Al-Alaq, 1-5)

Dari situlah aku sedar,aku perlu belajar. aku perlu pakai pen dan menulis untuk belajar, dan mula matang berfikir...
Tak sangka, begini cerita aku, terbukanya kematangan aku kerana air mata ibu, perasaan takut, perasaan tamakkan kemewahan.


Sisipan: Symptom anda matang

1. Anda mula bertimbang rasa dan bertolak ansur.
2. Anda mula berusaha untuk apa yang anda mahu.
3. Anda mula menerima diri anda seadanya.
4. Anda sedar orang lain mempunyai latar belakang yg berlainan, pendidikan berlainan.
5. Anda sedar mood orang sentiasa berubah, anda perlu bijak menghormati orang.

p/s: Baligh dan kematangan yang diceritakan ini adalah perkara berbeza. sekian terima kasih!

1 comment:

Cik Shafeeqah said...

i told you..budak rambut cacak mmg nakal... kalo kt sekolah mmg surrender la nk handle budak2 mcm ni.. hehehhe