Pages

Friday, April 13, 2012

Warkah Khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat hari ini bercerita pasal Kepimpinan,

Pemimpin akan disoal atas kepimpinannya, maka wajar bagi beliau menjaga tanggungjawab tersebut. Bahkan, Khatib ada bagi satu contoh, Sultan Selangor pernah menulis kitab agama. kitab2 tersebut telah digunapakai oleh sekolah2.... (Terasa sangat bangga bila raja turun berkhidmat dengan rakyat)

Apa yang perlu ada pasal pemimpin? kenapa kita perlu taat pada pemimpin?
jawapan aku cukup senang, kalau kita rasa kita terer, knapa tak kita je jadi pemimpin?

Menjadi seorang pemimpin memang cukup sukar, itu sangat aku akui.
Mungkin kita selalu tgk boss/leader kita hanya tahu mengarah, so kita terus ckap boss kita bukan buat kerja pun. hanya duduk dalam opis mewah, dan berkomplot jahat dengan rakan sekerja seperti drama2 melayu... (yess, asal aku tgk drama, tak penah aku tgk boss die sign2 kertas ke hape ke, tau komplot je!)

Kerja seorang boss takda had masa, bila-bila masa sahaja idea datang, maka dia pun catat la kat mana2, ipad ke, kertas tisu kedai nasi kandar ke, supaya dia tak lupa. bila balik opis baru la die panggil korang suruh tambah kerja lagi. (bertambah marah la korang)

tp tu mmg kerja dia, tanpa dia, kita pun takda kerja. company boleh lingkup, gaji kita pun tak berbayar.. oleh itu, telan je lah bulat2 apa kata bos. hohoho...

p/s: Apsal aku backing boss plak ni? mau kipas lebih ke? ahahaha.. lantak lah!

No comments: