Pages

Tuesday, April 24, 2012

Fakta Ketuhar Mikro?

Soalan: Bahaya ke microwave?
Jawapan: Hanya bahaya bila oven sedang beroperasi, ruang berbahaya hanya didalam cooking chamber sahaja. Tetapi, ada kemungkinan leakage radiation. tp sgt jarang berlaku. kecuali oven ada keretakan di pintu atau mana-mana bahagian.  

Soalan: makanan yang dimasak dalam microwave boleh dimakan tak?
Jawapan: Boleh dan sangat selamat, kerana microwave tidak akan tertinggal didalam makanan apabila oven dimatikan. microwave juga tidak akan mengubah struktur asal makanan atau membuatkan makanan mutasi/radioaktif.  

Soalan: apa yang boleh menyebabkan makanan yang dimasak dari microwave bahaya?
 Jawapan: Bahan-bahan asing yang mungkin hadir ketika memasak. seperti plastik dan pembungkus makanan. plastik selalunya mngandungi Dioxin (Dai-oksin). Bahan ini wujud apabila plastik terlalu panas atau terlalu sejuk. bahan ini menyebabkan pencetus kanser dalam tubuh manusia Menyejukkan botol plastik di dalam freezer juga boleh myebabkan dioxin bercampur didalam minuman. oleh itu, sentiasa memastikan makanan yang hendak dimasak telah dibersihkan dengan betul atau gunakan bekas yang sesuai. pastikan jugak tiada peralatan berunsur logam dimasukkan bersama makanan. ini boleh mengakibatkan letupan.  

Soalan: bagaimana makanan dalam microwave dimasak?
Jawapan: Microwave adalah sinaran electron yang bergetar pantas (~2-2.5 GHz). getaran pantas ini memaksa molekul air dalam makanan semakin panas seterusnya memasak makanan. getaran ini terlalu laju sehingga menyebabkan molekul air dipanaskan sehingga 200 darjah celcius.

Tuesday, April 17, 2012

Weirdest Questions?

There is a time i wondering what is the most weirdest question that i may think of?

Then it popped up slowly... it is either i am not so fast in thinking weirdly things, or i cant wait patiently...

5. How an egg grows in hen belly?
4. Where is the maggots come from? Does they really climb up my apartment just for my rubbish bin?
3. Why should i think this post?
2. and why you really want to know my weirdest question?
1. i believe now you are thinking what is yours. Am i right?

WEIRD!

Saturday, April 14, 2012

Kematangan? (cerita aku matang!)

Semalam hangout bersama teman2 universiti. Alhamdulillah sumenye da ade keje.
ada yg nak kawen pun ade dah... terasa sgt dewasa apabila bicara tentang wang, kahwin,
percutian, kad kredit dan sebagainya...

Sedang dok syok2 berkarok, terpandang wajah sorang2... terasa berjayanya mereka, tamat universiti, ada ijazah dan bekerja... oh! rupanya aku juga dikalangan mereka,
aku pernah bersama-sama mereka, study bersama, jawab exam sama, konvo juga bersama.

Namun, terdetik di hati sambil mengimbau kenangan silam. Tak mungkin aku berada bersama mereka hari ini kalau aku memandang enteng peristiwa bersejarah ini. Aku terfikir, bila kali pertama aku sedar aku dah matang?

Di bangku sekolah dahulu, aku mmg sngat nakal.Ponteng, menyakat sumenye ada...(tak mahu citer disini, rahsia sulit...hehehe) aku mmg seorang budak nakal dahulu... marah dan kene bantai memang da biasa. aku mmg biadap dahulu.

Suatu hari, mak menitik air mata setelah tau aku ponteng... mase tu mak tak cakap apa2... di hati ini, mula rasa gelisah... riak mukanya jelas tanda kecewa.. malah, entah dari mana, aku meneka mesej yang ingin disampaikan.
"Azhar ni, belajar tak pandai, buat perangai plak tu, apa la masa depan dia"

Mungkin petunjuk dari Allah SWT, aku termenung... terbuka pintu hati untuk berfikir untuk diri sendiri... banyak persoalan timbul. Mulanya mmg agak pentingkan diri...

"Betul ke hanya belajar rajin2 dapat menjamin masa depan?, aku dah tau kira, tulis, baca, takkan tak boleh hidup? Sains la, sejarah la, ni sume ni nak buat apa? ada je orang tak abis sekolah boleh jadi kaya"

kaya... kaya... kaya... mewah... mewah... mewah... hanya itu yg aku fikir.

tapi...
orang yang berjaya tu genius, peluang yang datang tu diorang pandai pakai..
aku? aku ada peluang? aku pandai ke pakai peluang?

Family aku takde la mewah, adik beradik pulak ramai, suatu hari nt apa yang dapat pada aku? Kalau aku dewasa esok, apa aku nak buat? aku bukan ada minat apa, tau main je

"APA AKAN JADI, KALAU MAGIC "Tak sekolah" TU TAKKAN JADI KAT AKU? AKU NAK BUAT APA NANTI?"

ish, tak boleh ni... aku kene jgak start belajar... aku kene ada tempat aku sndiri satu hari nanti.. takpe, biar lah susah susah sikit belajar... (aku mula capai buku)

Hari demi hari, aku mula sedar, buku juga ada perasaan...(mungkin bunyik macam gila) Cubalah kita baca satu buku dengan rasa marah, tak puas hati, membangkang, meragui... nanti satu apa pun kita tak dapat dari buku tu.

Tapi kalau kita duduk dngan tenang, selak baik2, belai dngan jari kita, tunjuk kat mana kita baca, Insya Allah, ilmu tu masuk dengan mudah...

Dah tu? boleh ke baca Al-Quran dalam marah2?.. Why don't I try?
rupanya, tu beza ayat2 suci Al-Quran, Marah macam mana, sakit hati macam mana pun, hati kita akan tunduk, bergetar, sebak bila baca maknanya (of course lah baca terjemahan, baca arab macam la paham).. dan atas sebab-sebab keajaiban ini lah ada pengamal2 agama yang sanggup tukar agama.

Itupun aku dengar masa ceramah Maulud Nabi, kat sekolah, ustaz tu bukak cerita bagaimana Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul. Bagaimana seorang yang buta huruf boleh menjadi bijak.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" (surah Al-Alaq, 1-5)

Dari situlah aku sedar,aku perlu belajar. aku perlu pakai pen dan menulis untuk belajar, dan mula matang berfikir...
Tak sangka, begini cerita aku, terbukanya kematangan aku kerana air mata ibu, perasaan takut, perasaan tamakkan kemewahan.


Sisipan: Symptom anda matang

1. Anda mula bertimbang rasa dan bertolak ansur.
2. Anda mula berusaha untuk apa yang anda mahu.
3. Anda mula menerima diri anda seadanya.
4. Anda sedar orang lain mempunyai latar belakang yg berlainan, pendidikan berlainan.
5. Anda sedar mood orang sentiasa berubah, anda perlu bijak menghormati orang.

p/s: Baligh dan kematangan yang diceritakan ini adalah perkara berbeza. sekian terima kasih!

Friday, April 13, 2012

Puisi Hentam Kromo...

Pentingkan diri,
Semua bersikap ini, tapi tak pernah akui,
kian hari kian tebal,

Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin,
Bukan hak makin dituntut, tanggungjawab dilurut,
Usaha sesudu, ganjaran mahu selautan,
Yang berusaha dijatuhkan, yang berjaya dipertikaikan,
Amanah digelapkan, aib orang disuluhkan.
Yang berjaya.... megah tanpa menoleh kebelakang...

Berpalinglah melihat diri lalu, siapakah diri ini,
Sejauh mana bakti?
Sejauh mana bererti diri ini...

Warkah Khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat hari ini bercerita pasal Kepimpinan,

Pemimpin akan disoal atas kepimpinannya, maka wajar bagi beliau menjaga tanggungjawab tersebut. Bahkan, Khatib ada bagi satu contoh, Sultan Selangor pernah menulis kitab agama. kitab2 tersebut telah digunapakai oleh sekolah2.... (Terasa sangat bangga bila raja turun berkhidmat dengan rakyat)

Apa yang perlu ada pasal pemimpin? kenapa kita perlu taat pada pemimpin?
jawapan aku cukup senang, kalau kita rasa kita terer, knapa tak kita je jadi pemimpin?

Menjadi seorang pemimpin memang cukup sukar, itu sangat aku akui.
Mungkin kita selalu tgk boss/leader kita hanya tahu mengarah, so kita terus ckap boss kita bukan buat kerja pun. hanya duduk dalam opis mewah, dan berkomplot jahat dengan rakan sekerja seperti drama2 melayu... (yess, asal aku tgk drama, tak penah aku tgk boss die sign2 kertas ke hape ke, tau komplot je!)

Kerja seorang boss takda had masa, bila-bila masa sahaja idea datang, maka dia pun catat la kat mana2, ipad ke, kertas tisu kedai nasi kandar ke, supaya dia tak lupa. bila balik opis baru la die panggil korang suruh tambah kerja lagi. (bertambah marah la korang)

tp tu mmg kerja dia, tanpa dia, kita pun takda kerja. company boleh lingkup, gaji kita pun tak berbayar.. oleh itu, telan je lah bulat2 apa kata bos. hohoho...

p/s: Apsal aku backing boss plak ni? mau kipas lebih ke? ahahaha.. lantak lah!

Thursday, April 12, 2012

Isu artis komen artis?

hahaha.. mule-mule mmg aku tak amik port, tapi sebab dah byk sangat terbaca pasal dorang. maka aku pon ade la pandangan aku sendiri... maka pandangan aku!

Invader!:
- Artis2 tempatan perlu berusaha untuk jaga local market, kalau tak nanti susah makan.
- Sorry to say, tp mmg aku ada rasa kau jeles!
- Point kau agak bagus, Malaysia perlu ada identiti hiburan kita sendiri, tapi aku tgk dia takde la beza sangat identiti kita, takda pulak die pakai bahasa selain, dan dia sangat diterima dikalangan kita.. maka sekiranya dia bukan serumpun dengan kita, point ini diterima.
- ada gak aku baca2 orang komen pasal kau, most of them dislike. so, if you feels uncomfortable, dats mean you were doing wrong.


Invaded:
- agak bagus la respon kau bila kene invade.
- aku ada rasa kes ni sama macam kes taylor swift, cume die reacts lagi better.
- kenapa? sebab die tak menyelar invader die, maka perkara itu tidak berpanjangan.


Konklusinya?

1. Aku tak rasa bende ini penting untuk disimpulkan, tapi perlu ada penambahan disini.

2. Aku mmg agak rasa bosan terlalu banyak sinetron bahasa asing dalam rancangan televisyen malaysia, itu lebih patut dibendung. Sebab budaya dan amalan mereka sgt berbeza. lagi-lagi ditayangkan ketika waktu ibubapa tidak berada dirumah (chance baik bagi bibik bersenang lenang di rumah mewah anda).

3. Tapi alih bahasa kartun2 asing ke dalam bahasa Malaysia membuatkan aku lagi rasa pelik dan kurang senang. Sebab kanak-kanak lebih senang mendekati kartun2 asing dari keluaran tempatan seperti Upin-ipin, Boboiboy.

4. Mungkin juga perlu ada spesifikasi khas mengenai kualiti kartun, bukan sekadar tapisan.

5. kualiti yang aku maksudkan, suara2 kartun perlu lebih memberi ketenangan (sila lihat hagemaru, untuk rasa sakit telinga, maaflah sapa yang menyumbangkan suara tu).

6. Boboiboy perlu kurangkan over-action. karakter terlalu banyak bergerak ketika bercakap, buat aku rasa rimas...

7. Upin ipin dan Lat Kampung Boy adalah siri animasi yang berkualiti. teringat plak Usop Santorian, Keluang Man dan Cerita Sang Kancil dan Buaya, walaupun low spect, tapi content sgt bagus. Takpe, sbab kartun2 ini pelopor animasi tempatan!
Tahniah Malaysia!

Sunday, September 12, 2010

SuperRaya 2010

setelah bertahun2... aku jumpe gak password blog aku ni ha~~~
ade la jgak komen2 sket2.. kene wat expansion gak blog ni rupenye..

Raya 2010?

1. Pakaian:

taun ni raya sangat la simple, plan nak g beli baju raye ngan seseorang,
tunggu punye tunggu, last2 tak sempat, die balik kampung lak.. adoi!!!

terpakse la aku beraye ngan butang baju melayu raya, tu je satu-satunye bende baru taun ni, disebabkan "terpaksa" pakai baju raya taun lepas, maka butang lama pon masih tersemat, aku plak dilanda wabak malas nak tuka butang baru.. so, bole la kate kan aku beraya ngn 100% old pesen... hehe

ops2.. jgn lupe, selipar kickers baru jugak ada, tp aku beli sempena awal2 sem7, lebih kurang bulan 6 kot... ayoo~~~

2. kuih raya:

Taun ni dalam sejarah dapur classic mak aku tu tak berasap, 100% jugak kuih tunjuk...
disebabkan research menunjukkan keputusan bahawa geng2, sedara mara ramai balik kampung, maka takyah la beli kueh byk2.. hahahaha

aku dapek tau, kuih raye makin mahal plak makin2 nak raya... hurmm.. wonderpet btol... ahaks, igt lagi ke wonderpet? ke da basi da?

3. Duit Raya:

opss... ni rahhsiaa la.. mane lah bitau... nanti LHDN datang!

4. Aktiviti Raya;

Malam raya, tak tido aku korang tau!.. bukan excited nak raya, tp excited online, ye ar dah ade Broadband Raya baru!! gune la P1 Wimax! sangat best!!! tapi cam mahal sket la~~ ayoyoyo~~~ eyh, aaaa... lupe.. ni pon budget raya aku jugak ni... hahaha

Online? facebuk ke? tagged ke? haah!.. tp sket2 je.. aku wat research pasal FYP la.. final Year Project aku yang menyeramkan anak tekak aku! nak kate payah, tak jugak.. cume tak tau nak wat.. so, aku pon mengYouTubekan diri menyelongkar segala isi perut yg ade dalam website tu.. ofcoz la, aku type "Neuro Fuzzy","Visual Basic","tutorial" dan sebagainye..

1st raye je aku raya, 2nd day aku tido dan men game Car Tycoon ngn General... maklumlah, laptop takat tu je yg larat... hohoho


3rd day aku raya la jugak umah sedara yg da datang raya umah aku 1st day tu.. huhuh

5. bile Bosan?

Aku browsing merata2 tempat, tibe teringat Mythbuster dalam astro tu, dpat lak donlod link.. tp cam haram punye byak... ntah bile nak abis tgk ntah.. last2 tak donlod satu pon...

6. Skang wat ape?

Skang aku ngah pikir, nak wat esaimen ke... or menikmati cuti yg berbaki nih~~ ayoooo~~~~ =(

Monday, December 1, 2008

TV seharian!!

Pagi….

Aku dibesarkan dengan Usop Sontorian, Anak-anak Sidek, Kartun Tamiya, Silat Lagenda… Sumenye cerita yang logic, usop Sontorian yang ada pengajarannya, Anak-anak Sidek yang berinspirasi, Kartun tamiya yang menggalakkan aku utk mengenali teknologi motor dan elektrik. Silat Lagenda pula adalah Satu medium untuk melambangkan ketuanan budaya Melayu, masih lagi di junjung… Begitulah rancangan Televisyen ini mencorakkan jiwa ini…Kini, Ben 10 dengan raksasa yang tak pernah diterima akal mempengaruhi adik2 kita, Phantom dengan selambe Cicak je tayang hero die kissing ngn gepren die. Citer BeyBlade lak menggantikan gasing tradisi kita… masuk plak unsur2 syirik siap ade naga2 lah.. Yu-Gi-Oh pon same, even Nak beli Kad Donkey pon diorang prefer beli kad2 pelik camni... gambar2 hantu la… last2 g berak tak tutup pintu…

Petang…

Dulu petang2 ade citer korea, tu pon satu slot je… Tak citer korea, petang kol 6 tu tgk citer mandarin, Journey to the West, My fair Princess or citer Polis2… BEST!!! Tpi skang? Crita seberang banyak betol!! Lepas satu,satu nak ditayangnye… Bawang Merah la, Bawang busuk la, Bebawang ape ntah… skang citer Malin Kundang, bagus la citer tu ade pekdah sket, dari pari2 bawang tu yang bole merosakkan akhlak je… tapi pakaian diorang tak melambangkan satu2 institusi Keislaman kita… CAmne nak wat nie???

Bila Malam pulak?

Banyak citer seram cam SAka, SuSUK, tapi ni sumer nak wat ape? Cam takde paedah je… cerekarama je kite boleh harap lagi…. Nak kate budak2 kite tgk berita? Jgn harap la… alik2 citer politik yg dok usik bende sedia ada, tak penah plak dengar citer YB kawasan pakat ramai2 nak naikkan kawasan same2 ke… bantu rakyat wat program kewangan ke…. Alik2 nak sembang bende yang dah ade dalam Perlembagaan. Macam la tak penah belaja Sejarah…

Bile dah jadi sume ni… aku rase ni la sebab masalah Sosial skang, Televisyen byk kuarkan cerita yang kurang jelas maksud penyampaian die.. Budak2 ni tak paham maksud tersirat… Kadang2 terlalu melekakan ibubapa, Sampai biar je anak2 kuar malam, mak abah layan cerekarama tak ajak anak2 tgk… anak2 plak g clubbing… camne nie?

Monday, November 24, 2008

TERJUN!

Ketua kelas- Bangun!!!!... Assalamualaikum cikgu!!! Nape cikgu lambat masuk hari ni cikgu?
Cikgu- Erm… takde pape, awak nak tau satu cerita tak? Cerita sensasi hari ni…
Ketua kelas- Cerita apa cikgu?
Cikgu- Tadi… mase waktu rehat dah habis, ada drama kat blok g tau, cerita boipren gepren begadoh…
Yang boipren nie ade la wat silap kat makwe die… tapi makwe die xnk maafkan die…
Penat btol pakwe die pujuk, siap rayu-rayu kat kaki lima tu… ramai gak la yang tengok
Ketua kelas- Pastu cikgu?
Cikgu- Haaa… dah makwe die jual mahal sangat kot, tetibe si pakwe ni ugut nak terjun bangunan…
Ketua kelas- haaaahhhH!!!! Abis? Die terjun tak cikgu?
Cikgu- Dah nak terjun la, tapi dengar citer budak2 lain dapat tangkap die.... So, takde la hantu baru dalam skola nie….
Ketua kelas- Yeke? Tingkat bape cikgu?
Cikgu- Ni yang nak citer nie, ade ke patut tgkat dua die nak terjun? Lawak betol!
Kelas- Kah…kahhh.kahhhhh
Ketua kelas- Tgkat dua? Jatuh wat sakit pinggang je!!! Menyusahkan orang betol!!! Kui2
Igt cite industan ke?

Komen:
aku saje nak postkan citer ni, citer ni mmg adaptasi dari citer sebenar, sape yang tau, diam2 je la… ape yg patut kiter amik iktibar, kes2 camni sume kite kne fikir pnyelesaian die elok2, bukan ikut perasaan nak terjun suka2 ati, melainkan korang igt korang tu kucing Sabrina the teenage witch yang ade 9 nyawe tu. Buat remaja2, fikir la elok2 pe yang korang wat rini akan jadi satu masalah wat mase esk. Sebab “today’s problem caused by yesterday solution” .sebagai contoh, tak ke malu kalau pakwe dan makwe tu tau aku post citer diorang dalam blog? Seb baik aku baik tak boh name dieorang sekali… hehehehe…. Thanks for my cousin, for this story…

Sisipan;
KUALA TERENGGANU 22 NOV (KOSMO). - "Saya tak nak turun, saya tak nak makan... saya nak B
Itulah jeritan S gadis berusia 18 tahun yang cuba terjun dari atas bumbung hotel 10 tingkat di Jalan Tok Lam di sini petang semalam.
S yang bekerja di sebuah salon rambut di sini, dikatakan bertindak demikian selepas teman lelaki yang dikenali sebagai B ingin berpisah dan tidak lagi memberi perhatian kepadanya.
Sepanjang usaha memujuk itu, S menjerit-jerit ke arah anggota penyelamat, manakala beberapa kakitangan hotel menyusun puluhan tilam sebagai langkah keselamatan jika dia bertindak terjun.
Malah orang ramai yang memenuhi kawasan hotel turut bersuara memujuk gadis berkenaan supaya melupakan hajat untuk terjun.
Selepas sejam usaha dijalankan, B gagal mententeramkan S walaupun berjaya mendekati kekasihnya itu sebelum dia akhirnya mengundurkan diri pukul 3.11 petang.
Polis pula mengarahkan orang ramai bersurai pukul 3.17 selepas keadaan bertambah buruk kerana ada antara mereka mula bersorak.
Suasana cemas berakhir pukul 3.25 petang apabila S yang kepenatan, rebah lantas diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang berada di atas bumbung.

HULU TERENGGANU 23 Nov.(UTUSAN) - Baru dua hari seorang gadis mengancam untuk terjun bangunan kerana ditinggalkan kekasih, seorang suri rumah berusia 38 tahun pula cuba mengambil tindakan yang sama kerana menyangka suaminya berkahwin lain.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Deputi Supritendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah mengakui wanita itu mungkin meniru aksi remaja perempuan di Kuala Terengganu tiga hari lalu.

p/s: kan dah jdi idola orang lain pulak….. wat susah bomba,polis,orang ramai,tokey hotel,mak bapak je…

Friday, November 14, 2008

Tips untuk menceriakan diri anda!!! (bukan iklan nescafe)

1. Berubahlah cara anda melihat sesuatu. Fikirkanlah yang anda seorang yang positif.Secara lumrahnya, fikiran manusia akan sentiasa memikirkan perkara yang negatif, jangan biarkannya. Berusahalah pada setiap ketika.

2. Fikirkan penyelesaian, bukan masalah.

3. Mendengar muzik adalah satu perkara yang baik. Tukar selera anda dengan lagu2 yang mampu memberikan anda ketenangan. Sekali-sekala manjakan diri anda.

4. Tontonlah filem2, atau klip video
komedi. Jika tiada, youtube dan komik dik cerdas pasti tidak akan menghampakan anda.

5. Setiap hari, luangkan masa anda untuk
membaca sepotong ayat yang mampu memberikan inspirasi.

6. Manusia sentiasa memutuskan sesuatu pendirian sebelum bertindak
. Pastikan pendirian anda betul sebelum anda mendirikannya.

7. Sentiasa
menilai diri dari apa yang telah anda lakukan. Bukan apa yang anda belum lakukan.

8. Memang bagus jika anda mempunyai “to do”
list , pastikan anda tidak senaraikanya lebih dari 3 perkara untuk hari anda. Anda pasti kecewa sekiranya gagal menyelesaikannya pada hari itu.

9.
Jangan senaraikan perkara yang mustahil atau anda tidak pasti dalam senarai anda.
Ingatlah, Today’s problem is caused by yesterday’s solution. Jadi, pilihlah satu penyelesaian yang boleh memudahkan anda pada esok hari. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli barang, senaraikan barang yang perlu anda beli, susun senarai anda mengikut susunan kedai. Dahulukan kedai yang jauh supaya anda tidak mensia2kan tenaga anda.

10. Jangan sekali-kali anda membandingkan diri anda dengan orang lain
. Setiap orang mempunyai peluang dan takdir berlainan. Anda perlu menghargai takdir yang ditentukan.

11.
Berikan diri anda hadiah dengan menonton wayang, membeli buku, atau menikmati hidangan yang lazat di restoran makanan ringan. Jika anda tidak berkesempatan, usaplah bahu anda dan katakan syabas pada diri bagi setiap kerja yang anda telah lakukan.

12.
Pilih salah seorang di sekeliling anda, buatkan dia berasa gembira. Anda boleh membantu rakan anda, membantu orang tua melintas jalan, memberikan tempat duduk anda di dalam bas kepada yang memerlukannya. Mungkin anda boleh membelikan hadiah untuk seseorang atau membelanja rakan-rakan anda makan.

13. Anda harus
selalu mengharapkan kegembiraan.

14. Jika anda melihat rakan anda gembira, anda
boleh tumpang gembira dengan berkongsi kisahnya.

15.
Senyumlah, Senyum tanda gembira tau!

Thursday, November 13, 2008

cerita satu malam

12.00 am....

Everything is under control, kipas berpusing dengan megahnyer, laptop ku melalak tanpa segan silu... Aku rase bahagia di bilik sendiri, sambil membelek-belek buku sirah nabi. Entah la, dah penat-penat kemas semalam, terjumpe lak buku nie... buku yang aku beli kat matrik dulu kot. tyme tu ade la seru, terbuka pintu hati nak baca hal-hal keagamaan. Maka aku pun belek dua tiga muka surat, sebagai santapan rohani sebelum tidur....

12.++ am.....(Mane la aku tau aku tido kol bape, Terer btol sape yang dapat tau exact time die tdo)

Maka aku pon tidor ngan nyenyaknye....


02.30 am....

PEK!!! PEK!!! PEK!!! Ish!! haram punye nyamok, pesal byk lak nyamuk durjana nih? aku pon berkung fu la ngan nyamok sekalian ini, sekali skala aku berjaya menyalahkan tikaman mereka, lagak Hang Tuah dan Hang Jebat berentap adanya... akhirnya aku tensen dan bangun dari kamar beradu ku...

Eyh? pe ke hal basah je belakang aku nie? kencing malam ke? tak penah2 aku kencing malam nie... musykil btol, kuyup siot!! Arakian setelah selidik menyelidik, rupenye aku yang berpeluh akibat kepanasan di malam hari, lalu aku mendongak ke kipas remote controlled inih, aku berbangga ade kipas ni walaupon harge die takdela mahal sgat, brand helang selatan, "South Eagle" tulisnye... langsung takde lampu on... "Blackout la tu, leceh btol la..."

03.00 am...

Mataku masih meliar melihat siling rumah, sekali skala tangan aku menepok2 diri aku, kononya mendodoikan diri sendiri, last2 tepok nyamuk jugak... hampeh btol!

Tetiba kedengaran derapan langkah manusia ditingkat bawah.... (tak reti la aku nak wat bunyi die)... aku membesarkan telinga sebesar yang boleh.... besar jugak telinga aku rupenye ea? hehehe... kemudian disusuli dengan bunyi "KTAK!" maka kipas pon berpusing.... Ler.... main suis dah kne tndang rupenye.... mesti makcik aku yang bukak suis bailk. sia2 je aku beperang, mencaci maki selama stengah jam nih... huhuhu... Setelah berpuas hati dengan speed kipas yang ada, aku pon sambung mimpi... hehehhe... ha? pe die? mimpi ape? ape ko kesah? aku punye hal la nak citer mimpi aku ke tak....


03.15 am...

Aik? padam balik? maka aku pon turun la, bcoz makcik aku pon dah buntu, tkan2 die tndang balik... ciS!!! aku jgak yang kene tgk ape da jadi... aku test la satu2, mane yang kantoi, esok jela aku cari sape yang bwak masalah... maka malam tu aku tdo la jgak, walaupun lampu kat luar rumah tu terpakse ditangguhkan penggunaannya kerana masalah tendang menendang.


9.00 am...

Misi mencari masalah bermula... aku capai testpen dan cari satu2 alat elektrik problem,
rupenye satu extension wire dah rosak. aku bdah siasat la ape yang berlaku.... hasilnye, aku jumpe seekor cicak yang kepalanye hangus terbakar kat terminal life, ngan ekornye melekat kat ground terminal, patutla ko mati cicak je kat situ.. hehehe.. ade la telor cicak 8 biji skali kat bawah tu...

cicak ni memang hancit btol la, seb baik la aku bangun malam tu, kalau tak, mati kepanasan la sume orang... tetibe aku rase cam hero lak.. hehehehe.. terima kasih kerana meluangkan masa membaca cerita ini... kui2...

Wednesday, November 12, 2008

faveret band?

(credited to wikipedia)

Jimmy Eat World is an American alternative rock band from Mesa, Arizona, formed in 1993. The band comprises lead vocalist and guitarist Jim Adkins, guitarist and backing vocalist Tom Linton, bassist Rick Burch and drummer Zach Lind.



"Big Casino"

(credited to azlyric,youtube)

Before this world starts up again
It's me and night
We wait for the sun
The kids and drunks head back inside

Well there's lots of smart ideas in books I've never read
When the girls come talk to me I wish to hell I had

(Get Up, Get Up) Turn on ignition
(Get Up, Get Up) Fire up the system
Play my little part in something big

I'll accept with poise, with grace
When they draw my name from the lottery
And they'll say 'All the salt in the world couldn't melt that ice' (love these part!!)
I'm the one who gets away
I'm a New Jersey success-story
And they'll say 'Lord, give me a chance to shake that hand'
(They'll say)

Back when I was younger I was someone you'd've liked
Got an old guitar I'd had for years I'd let you buy
And I'll tell you something else that you ain't dying enough to know
There's still some living left when your prime comes and goes

(Get Up, Get Up) Dance on the ceiling
(Get Up, Get Up) Boy, you must be dreamin'
Rock on young saviour, don't give up your hopes

I'll accept with poise, with grace
When they draw my name from the lottery
And they'll say 'All the salt in the world couldn't melt that ice'
I'm the one who gets away
I'm a New Jersey success-story
And they'll say 'Lord, give me a chance to shake that hand'

I have one last wish
And it's from my heart
Just let me down
Just let me down
(easy)

I'll accept with poise, with grace
When they draw my name from the lottery
And they'll say 'All the salt in the world couldn't melt that ice'
I'm the one who gets away
I'm a New Jersey success-story
And they'll say 'Lord, give me a chance to shake his hand'
(They'll say)



Monday, November 10, 2008

having fun outside?

ermm... rini aku nak citer pasal tabiat orang kite bile g outing or jejalan di kuala lumpur...

as usual, sume orang akan pakai cantek2 dan lawa2 agar dapat menarik pehatian orang ramai,

yg laki nye, mesti nak pakai suar jeans londeh ngan tsert itam ketat sikit, then pakai cap yg ade pattern kotak2... mgkin trend la kot... tapi sayang, coz harge barang laki sentiase mahal dari pompan, so... laki lagi prefer mix and match daripade murah tapi cantik... btol tak? dats ur boypren selalu tak cakap pape bile dapat gift cantek tapi kurang branded..(agak sian.. hehehe)

on the other hand, girl plak tak kesah la name brand "guansheng" ke,"nibowo"ke, diorang selalu tak kesah!! coz, diorang nak tgk bende2 cantek jerk, ape la ade kat brand yg saiznye seinci dua tu, mgkin ni sebab diorang dapat penohkan almari diorang ngan skirt2 ropol2,topi besau2, ngan mudah dan murahnye...

camane2 pon, diorang still mggunakan lrt,komuter,dan monorel untuk bgerak seantero bandar.

kat sini nak kasi cdangan la sket ni, kalau korang g naek public transport, especially naek lrt, pantang btol aku tgk ade orang nak sandar2 kat tiang besi tgh2 gerabak tuh!!! budget cam tiang tu die punye sorang lak, aku tau la tiang tu kalau timbang kilo pon tak sampai Rm10, tapi orang laen pon nak pegang jugak, lagi satu, kasi timbang rase la kat awek2 yang byak bershoping ni, bagi la die duduk, dah barang bayk, takkan nak soh die bediri sampai patah bahu die? kasi la chance brader....

haih... tetibe aku lupe nak tulis ape... lgkali la sambung..
babai!!

Sunday, November 9, 2008

serangan balas!!!

Sudah laama aku tidak melibatkan diri di arena khayalan ini... sometime aku wonder sape la nak nengok blog ni, aku dah la malas nak update ngan promote2 blog nih... tak reti la aku "weii!!meh la tgk blog aku neih"kan diri ku ni..

namun,
adanya makhluk ini yang telah merangsang sentimen penulisan mengarut ini agar terus meng"continue"kan blog ini agar ianya menerima sentuhan kreatif baru semenjak dua menjak adanya.

makhluk ini sungguh tidak beretika mengajak aku bertekak tanpa segan silunya di private YM, asal aku online ja, die misti komplen "invi lagik?" (invisible mode lah tu).. watpe aku nak kesah? dah mmg aku nak sneek masuk pong.. tu pon nak komplen!!! hish!!!

dah tu plak, nak pijak2 orang plak, saje nak bikin aku hangin!!!
kang aku jadik ijau kang!!! boley la jd hulk!!! kui3!!!

Wednesday, April 23, 2008

maxis broadband user

Kadang2, modem maxis kiter nieh wat perangai lak,
lagi2 bile die dapat signal EDGE,or GPRS jer...
sangat lah slow wat kiter bengang dan sakit hati..
aper nak wat ek?

1. Pergi kat http://192.168.0.1/
2. Network Connect>manual Connecting, change to disconnect and submit
3. pergi plak kat Network Select, amik yang WCDMA only.
4. then, connect balik kat Network Connect>auto Connecting

kalau korang tanyer kat kedai tu balik, diorang boleh watkan, tapi die charge RM 50, tak giler ke tu?